Alhamdulillah, kini Pelayaran Islamik telah memasuki pelayaran yang ke 26.0. Kali ini pelayaran akan belayar menggunakan kapal Super Star Libra. Kapal ini mempunyai 10 tingkat yang setiap tingkat mempunyai beberapa jenis cabin yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda. Pelayaran ini mengambil masa 5 Hari 4 Malam yang bermula dari Terminal Cruise Port Klang ke Langkawi / Phuket / Penang & seterusnya kembali ke Port Klang dengan mengikut program & itinerary yang telah diaturkan oleh pihak penganjur. Penceramah pada kali ini terdiri daripada Ustaz Haslin Baharim, Ustaz Safri M.Zain & Imam Muda Jabbar.
Peta Laluan Cruise |
Untuk yang sedia maklum, sehingga kini pelayaran yang berunsurkan islamik ini telahpun berjaya mencapai matlamat menjadi sebuah pelayaran islamik yang mementingkan HALAL didalam setiap pelayaran. Ini terbukti dengan pengesahan dari pihak JAKIM yang mengesahkan bahawa makanan di semua restoran didalam cruise adalah HALAL. Disamping pilihan bilik mewah yang selesa & eksklusif, pemandangan yang memukau & aktiviti yang menyeronokkan serta bermanfaat kepada kita semua denagn menerapkan nilai-nilai kecintaan kepada agama.
Firman Allah S.W.T
Maksudnya,
"Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu supaya kapal-kapal berlayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur" - Surah Al-Jathiya, Ayat 12
Maklumat program pelayaran 26.0 adalah seperti dibawah:
Port Klang - Langkawi - Phuket - Penang -
Port Klang
28 Februari - 04 Mac 2018
>> Aturcara Program
>> Testimoni Pelayaran Lalu
Kekosongan Kabin Terkini:
Bagi mereka yang ingin berhijrah & ingin mendalami ilmu agama dengan lebih baik lagi amatlah sesuai mengikuti pelayaran ini. Pihak penganjur akan senantiasa mengemaskini program untuk pelayaran yang akan datang dari masa ke semasa. Semoga aktiviti-aktiviti serta program sebegini dapat membina diri kearah yang lebih positif serta beroleh kebaikan dalam kehidupan seharian kita.
Untuk sebarang pertanyaan @ tempahan, sila hubungi:
No Tel : 017-232 0372 (Whatsapp)
Email : ismi82@yahoo.com
Blog : pelayaranislamik.blogspot.my
Alamat Pejabat Pelayaran Islamik:
No 2.08, Jalan Prima SG 1,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
ConversionConversion EmoticonEmoticon